Saturday, September 13, 2014

Mr. Dakgalbi + Caffe Bene @ Solaris, Mont Kiara


MR.DAKGALBI

Well aritu saje la nak try makan Mr.Dakgakbi. Ramai da try kate sedap so harusla nak try jugak kan if sedap ke x Mr Dakgalbi ni..Lagipun i love Korean food. K-pop la katenya haha.. So kami pon pergi Mr.Dakgalbi yang dekat Solaris, Mont Kiara.

Meh cite sikit makanan ape kat Mr.Dakgalbi niyh. Mr Dakgalbi ni merupakan restoran makanan Korea yang menghidangkan pan grilled chicken. Die masak dalam kuali yang besar and die masak kita tau. Dakgalbi ni sebenarnya ayam yg dipotong kiub dan di perap dalam chili pepper paste orang Korea. Dia ada kobis, ayam, spring onion,dan  rice cake.

Mr Dakgalbi ade 3 franchise kat Bukit Bintang, Setiawalk Puchong dan juga Solaris Mont Kiara. Kedai ni dijamin halal. Ade halal certificates. Kedai Mr. Dakgalbi ni di dalan SOHO building bersebelahan dengan Starbucks.




Ni menu dia..Portion di banyak memang korang leh share makan dgn partner. Makanan die kire afforfable.





Gambar dalam kedai. Die ada 3 tingkat so ni belah bawah.



Mule2 mereka akan sediakan side dish.. Side dish die seperti sup, salad, radish dan kimchi. Kami pilih set Nasi and Ramen skali. Dakgalbi Fried Rice + Ramen dalam RM36. Dia ade letak cheese skali..yum yum...bile tarik nasi tu cheese die pon tertarik da mcm makan pizza dah HA! Air die soft drink RM1 je. Air masak pon ade. Die bagi free sekali package ngan Main Dish.





Short video amek staff masak.



Mr.Dakgalbi juga ada tempat duduk di luar..sape yg suka duduk luar or smoking pandai2 la makan di luar haha..





Mr.Dakgalbi Restaurant

Mont Kiara Solaris Branch
No. J-G-02 Soho KL
Solaris Mont Kiara
Tel: +603 62065567
Facebook : https://www.facebook.com/mrdakgalbikl


CAFFE BENE

Lepas tu nak cite pasal Caffe Bene pulak. Time ni g separate hari la bukan g hari yang same. So sapa yang lepas makan Mr. Dakgalbi leh la g Caffe Bene makan dessert. Caffe Bene ni dalam SOHO building jugk. Kedai die ujung je sama row dengan Mr.Dakgalbi.

Caffe Bene ni laen sikitla konsepnya dgn coffee shop yang lain coz ni versi korea dan menu pun agak berbeza dari Starbucks, The Coffee Bean, Dr.Cafe atau dll.. Orang Korea ni suka minom kopi so bykla kedai2 kopi yang menarik salah satu nya Caffe Bene ni la. Baru jugak masuk pasaran Malaysia. Sebelom Running Man Lee Kwang Soo ada datang sini untuk perasmian Caffe Bene di Sunway Pyramid.

Tujuan datang Caffe Bene adalah untuk makan Patbingsu. Ape tu Patbingsu? Ia adalah desert yang femes di Korea esp bila summer. Ia dalam satu bowl besar atasnya ada topping whip cream. Patbingsu ni ada dua pilihan Single or Double. Aku suggest korang pilih single dan share la dua orang sebab single size dia pun besar. Kalau double tu bolehla makan dlm empat orang camtu. Ada beberapa pilihan selain yang kami pilih ni. Ade bingsu Cookies & Cream , Patbingsu (organic), Green Tea Bingsu dll. Selain bingsu ade lagik makanan laen seperti waffle, cheese bread, cake.. nak tau lebih lanjut sila layari website caffebene.com.my





Kite akan diberikan buzzer utk pick up order kita. Nanti bila kat pick up counter, buzzer tu akan bergetar bila order kita siap. 


Aku order Cookies & Cream..Sedap.. Harge die dalam RM12.90


Caffe Bene Malaysia juga ada ajar macammana nak makan Bingsu ni. Step 2 tu tekan bingsu dari atas sampai ke bawah n then gaul.


Caffe Bene
 
Mont Kiara Solaris Branch
K-G-04 Solaris Mont Kiara
No 2, Jalan Solaris,
50480, Kuala Lumpur

Facebook:  http://caffebene.com.my/

Tuesday, September 9, 2014

[BACKPACKERS] Trip to Seoul, Korea Day 3 - Lotte World + Star Avenue




Day 3 ni x jalan sgt duduk je kat guesthouse dengan Mutie. Ema & Haida pulak kejar B.A.P dekat Gimpo Airport. Aku malas nak g memane pagi tuh. So tido n then g living room tgk tv jer. Petang baru kua g jenjalan. Kami decided nak g Lotte World. Tapi waktu sampai Lotte World tu dah petang da x sempat masuk coz tutup pukul 10PM KST. So kami just cuci mata dan bergambar kenangan jer.

Direction : Dari Hongik University station naik line 2 turun di Jamsil Station Exit 4. Tiket day pass harganya 44,000Won (untuk dewasa dan 34,000Won untuk kanak-kanak.

Day 3: Lotte World + Star Avenue


Kaunter Lotte World. Ni kat dalam dr subway tu terus je jalan nmpk kaunter.


Main gate Lotte World



Selfie


Bangunan Lotte Department sebelah Main gate Lotte World


Ni pulak belah South Gate Entrance


 Sebelah South Gate entrance ni ade poster besar Star☆Avenue


 Ade pameran kat dlm ni..sume yg femes2 cm pelakon , idols.. yang ni Kim Hyun Joong. Ade lagi yg laen cm Super Junior, 2PM, Snsd etc


Star Avenue



Kemudian kami teruskan perjalanan kat luar..xingat dh pegi mane tp juz jalan2 la.


Bergambar kat luar building.


Berdekatan ade Lotte World Nternational Clinic


Bile dah penat berjalan maka perut pon da lapar. Kami nampak LotteRia ape lagi makan la.


LotteRia ni belah dalam bkn luar. Ade dua LotteRia area situ.


Kami order Shrimp burger. Jgn beli burger laen to beli Shrimp



Selfie jangan lupe haha!

Lepas dah kenyang kami pon balek. Sebelom balek ke guesthouse kami singgah Hongdae. Turun Hongik University Exit 9. Situ mcm2 ade mmg meriah tiap2 hari. Memandangkan guesthouse dekat hampir tiap2 mlm kami lepak sane. Orang Korea suke minom kopi so byk kedai kopi sana. Kami pon suke gak leoak smbil minom coffee. Coffee sane mmg sedap. Merata rata kedai kopi. Starbucks ke Coffee Bean ke sane xlaku sgt coz diorg ade branding sendiri. Kedai Kopi femes sana Caffe Bene, Momo Cot dll.

Sambungan Day 4.. tunggu!

Monday, September 8, 2014

[BACKPACKERS] Trip to Seoul, Korea Day 2 - Namsangol Hanok Village + Hello Kitty Cafe, Hongdae (PART 2)


  Day 2 : 4) Namsangol Hanok Village
 
Masih lagi Day 2 haha.. Selepas puas jalan jalan kat Dongdaemun, kami decide untuk ke Korean House kat area Chungmuro…naik subway dari Dongdaemun terus ke station Chungmuro..keluar Exit 3.jalan sikit 10 meter cmtu nampak lah Korean House….kat sini kita dapat tengok senibina rumah korea.. Jalan sikit kedepan dari Korea House kita boleh terus ke Namsangol Hanok Village.

Ni rupe Main Gate Namsangol Hanok Village






Ade Life size cut-out perempuan pakai hanbok. So letak jela muke haha



Kat dalam ni ade Seoul Namsan Traditional Theater jugak!



Hari pon dah nak malam kami teruskan perjalanan pergi ke Hongdae. Hongdae ni area guesthouse kiteorang. Kiteorang decide nak pergi Hello Kitty Cafe la kan dekat pon haha. .

Bila kami da spi Hongdae sedang kami mencari Hello Kitty Cafe tetibe perasan ada satu kedai ni macam ramai sgt orang kerumun. So dgn dasar ingin tau yg membuak2 kami pon berhentila nk tgk ape yg terjadi sbbnya beratur panjang orang kat situ. So aku dalam hati dah tau dah mesti ada artis mane2 buat fansign ke ape ke kan. K-pop idols kadang suke buat fansign dekat kedai2 or butik2 yg diorang endorse.

Sekali bila kiteorg masuk cecelah org2 yg banyak tu nampak spe tau perghhh Hyorin dari group Sistar ~Give it to me~give it to me~hahah . Kan betol firasat aku mesti ade idols or artis lau x xde la ramai cenggitu. Hyorin die adalah salah satu duta produk arak di Korea iaitu Soju. So die dtg untuk fansign Soju. Kenapalah x HyunA yg dtg hehe..HyunA pon salah satu duta die jugak xsilap skali ngn KARA Goo Hara.








Sistar Hyorin



Day 2: 5) Hello Kitty Cafe 



Direction : Naik Subway turun Hongik University Exit 9. Nak pergi ke guesthouse kteorang palk pegi Exit 3




  Hello Kitty Cafe mmg sangat femes jugak dalam blog - blog. Cafe ni mmg cute sgt decoration sume hello kitty and semua warna pink. Sape yg suke warne pink or mmg peminat fanatik Hello Kitty memang wajib datang. 



Ni rupe Hello Kitty Cafe :)



Pilihla mane hangpa nak duduk keke.



Ni seyea cantek.. kalau la ade Cafe ni kat Malaysia memang aku tiap2 pegi haha





Hello Kitty doll yang besar



Anak2 mesti suka cafe percayalah even kami yang besar2 ni pon jakun masuk apatah laki bebudak kan HA!





nampak x Mak Jemah , Mak Bedah, Mak Kiah bergosip x hengat dunia! Kekekeke



ni kami order Caramel Waffle 3000Won = RM 9 / Caramel Latte 4200W = RM12.60

Ok itu sajelah stori mori untuk Day 2 Part 2. Kite jumpe pada Day 3 nye Travelog pulak. Ahnyeong!!

[BACKPACKERS] Trip to SEOUL,KOREA Day 2 - Myeondong + Dongdaemun (PART 1)

Assalamualaikum w.b.t

Sambung cerita kita dari Backpackers trip to Seoul Korea Day 1 ke Day 2 pulak. Hari kedua ni banyak jugak tempat kiteorang pergi. First kiteorang pergi Myeongdong.
Skali lagi kteorang pegi.Dekat Myeongdong ni memang famous sebab banyak shopping complex kat sini macam Forever 21, Zara, SPAO dll. Kat sini jugak banyak kedai-kedai yang jual barangan kosmetik seperti Nature Republic,Missha,Hollika Hollika,Face Shop, Etude House etc. Kalau rasa nak shopping barang kosmetik, datang la sini.Harga murah compared to Malaysia nye price. Korea kan advance bab2 kosmetik mmg patut beli sini.

Pagi tuh kami naik subway dari Hongik University amek Line 4 pergi Seoul Station. dari Seoul station terus ke Myeongdong station Line 4. 


Tengokla betapa besarnya Nature Republic die haha..Muke Jang Geun Suk sebesar2 alam HA!




DAY 2 - 1) CAT CAFE, Myeondong
Tujuan utama kami ni nak g Cat Cafe sebenarnya. Cafe ni mmg banyak kucing. Jangan risau kucing2 tu bersih. Sebelom masuk kite kene pakai sanitiser dan bukak kasut pakai kasut yg diberi.





Rumah kucing cute jer

Cafe die leh order air..ade Caramel Latte,Vanilla Latte dll

Jangan maen2 kucing pon de toilet sendirik ni haha..diorg mmg dah terlatih dah so xde la pekerja die nak basuh kencing berak diorang merata2 haha senang kan
Gambar2 di bawah ni beberapa ekor kucing yg sempatla ditangkap. Siapa yg Cats Lovee ni memang heaven la rase tempat ni. Maenla sesuka hati jangan spi kucing tu mati dah ler. Haha



Fee masuk Cat Cafe ni 8000won =  RM25

DAY 2 : 2) Dongdaemun

Dari Myeondong Line 4 g ke Dongdaemun Line 1.


Kami pergi Dongdaemun nak cr Grilled Fiah Mackerel punya kedai makan. Nama kedai makan ni Jeonju Sikdang.
Nak pegi tempat ni kena kuar exit 8, susur sepanjang Cheonggyecheon Stream sampai jumpa second bridge. Masuk kanan and then masuk lorong kecik belah kiri ada banyak kedai ikan bakar situ. Jeonju Sikdang ni bersebelahan ngan Honam Jib.

Menu


kat sini kite duduk bersila makan hehe.. kami berada di tingkat atas restaurant.




Amacam nampak sedap kan nyum nyum..


Bergambar time lolz..

Berdekatan kedai ni kite lalu CheongGyeCheon Stream. tengok2 jela. Korang lalu la bwah tu boleh beristirehat semua. Salah satu attractions kat Dongdaemun.


Habes sudah Part 1..ade lagi kesinambungan cite nim Kite jumpe kat Part 2.